Serangan Anjing Kedua Awal Tahun 2025 Kali Ini Mel..
Tweet | ![]() |
Serangan anjing kedua awal tahun 2025 kali ini melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun. Kanak-kanak di Langkawi, Kedah ini parah diserang sekumpulan anjing liar ketika bermain di perkarangan rumah.
Ini membuktikan bahawa kaedah Trap-Neuter-Release-Manage (TNRM) tidak sesuai diamalkan di mana-mana negara sekali pon memandangkan ia tetap menjadikan anjing sebagai haiwan yang terbiar di jalanan dan mengundang bahaya terhadap keselamatan anjing seperti dianiaya orang lain, kemalangan atau mangsa serangan dan racun.
Anjing adalah haiwan peneman dan boleh dididik menjadi keluarga. Amalan TNRM hanya akan mengekalkan kuantiti lambakan anjing di tengah masyarakat. Tanpa diberi didikan dan latihan ‘Good Canine Citizen’. Anjing kekal tidak mesra masyarakat. Ia kekal liar dan boleh menjadi ganas. Apatah lagi jika diganggu.
Justeru kaedah Rescue-Shelter-Adopt adalah kaedah terbaik untuk anjing supaya ia tidak terbiar berkeliaran dengan mencari makan sendiri dan hidup berhujan berpanas yang boleh mengundang konflik masyarakat dan anjing kerana isu keselamatan, kebersihan dan penyakit berjangkit. Peratusan adopt anjing di kalangan masyarakat juga masih sangat rendah dibandingkan dengan kucing dan ia perlu diberi perhatian serius oleh golongan menggelarkan diri mereka ‘Dog Coalition’ dan gabungan-gabungan yang mengklaim diri mereka NGO walaupun sebahagian mereka adalah entiti ‘enterprise’ berasaskan perniagaan yang hanya berdaftar dengan SSM dan bukan NGO.
Satu kajian impak perlu dijalankan secara holistik dan komprehensif mengenai kesesuaian mengimplimentasikan TNRM memandangkan negara berpengalaman menjalankan TNRM seperti Turkiye juga telah memansuhkan undang-undang ‘zero killing’ tahun lepas kerana impak jangka panjang terhadap krisis kemanusiaan dan hak asasi manusia-haiwan.
Kita semua sayang dan kasih terhadap haiwan namun nyawa dan keselamatan manusia juga perlu dititikberatkan supaya keadilan haiwan dan manusia terjada. Animal Malaysia membuka pintu kepada mana-mana golongan untuk menyertai pasukan ‘Kajian Impak Sosial Pengurusan Stray’ supaya satu dasar menang-menang terhadap keselamatan manusia dan kebajikan haiwan stray dapat diseimbangkan dan memberi keadilan kepada kedua-dua entiti yang berharga.
Sudah tiba masanya semua pihak memikirkan langkah mitigasi terhadap isu serangan anjing yang makin menjadi-jadi setiap tahun hingga meragut nyawa manusia. Pihak berkuasa tempatan juga perlu menguruskan anjing dengan kaedah baik supaya kerja tangkapan dan pelupusan anjing dijalankan dengan S.O.P kemanusiaan ditetapkan kementerian. Pihak shelter anjing juga perlu patuh S.O.P pengurusan shelter dengan melesenkan shelter masing-masing dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan supaya kebajikan haiwan dalam simpanan shelter dapat dipantau pihak berkuasa.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=620724324041524&set=..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments