Kenali Galeri Animal Malaysia. Bagaimana Ia Dikend..
Tweet | ![]() |
KENALI Galeri Animal Malaysia. Bagaimana ia dikendalikan dan dilaksanakan walau dalam serba kekurangan.
Masyarakat boleh datang visit masuk secara percuma dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang dan hanya tutup pada hari Ahad.
Galeri Animal Malaysia berfungsi sebagai pusat transit dan perlindungan sementara bagi kucing yang diambil dijalanan atau diserah oleh individu sebelum ianya dibuka adoption kepada pemilik baharu. Ia juga adalah pusat aktiviti kemasyarakat dan pendidikan haiwan. Galeri Animal Malaysia menerima kehadiran pelajar universiti, kolej dan sekolah yang mahu menjalani Program Pendidikan Khidmat Masyarakat.
Galeri Animal Malaysia memiliki 5 sangkar utama di mana setiap sangkar kucing memiliki ruangan persendirian memisahkan antara kitten, adult male dan adult female serta kucing dalam kuarantin. Pembinaan, renovasi, penyelenggaraan dan operasi Galeri Animal Malaysia tidak mendapat bantuan daripada mana-mana dana sumbangan sama ada daripada orang awam atau badan korporat. Ianya diusahakan sendiri melalui aktiviti program, jualan amal dan pembiayaan peribadi exco Animal Malaysia.
Memandangkan tiada bantuan kewangan daripada badan korporat atau pun kerajaan. Pengurusan menetapkan setiap adoption dan serahan di Galeri Animal Malaysia dikenakan caj untuk membantu pembiayaan urusan operasi dan penyelenggaraan tempat ini. Sokongan ramai adalah dialu-alukan melalui https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6037750424031..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments