Kenyataan Media Berhubung Kematian Ngeri Kucing Di..
Tweet |
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEMATIAN NGERI KUCING DI UNIVERSITI MALAYA
Beberapa hari ini kecoh dengan kes kejadian penemuan bangkai kucing yang mati dilapah dalam kawasan Universiti Malaya.
Kes pertama mencatatkan dua ekor kucing dipotong keempat-empat kaki dengan kesan perut terbelah terburai. Namun pihak berkuasa penyiasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengklasifikasikan kes sebagai kematian kucing yang ditemui mati akibat serangan dan gigitan kumpulan anjing liar.
Selang sehari daripada kenyataan rasmi tersebut sekali lagi seekor bangkai kucing ditemui dalam keadaan kaki dipotong dengan paha dilapah. Penemuam disahkan oleh mahasiswa yang mendedahkan gambar-gambar yang dikenal pasti dalam kawasan Jabatan Genetik dan Mikrobiologi universiti tersebut.
Amatlah diragui jika dikatakan serangan anjing liar namun kesan potongan kaki dan peha kucing adalah seperti bekas potongan menggunakan alat tajam. Animal Malaysia memohon pihak Universiti Malaya mewujudkan task force bagi menyiasat insiden brutal dan ngeri ini secara menyeluruh demi menjaga imej universiti sebagai tempat melahirkan masyarakat bertamadun. Satu penyiasatan komprehensif perlu dilakukan dengan mengenal pasti spot CCTV yang ada untuk mendapatkan rakaman individu yang memegang kucing sebelum kejadian.
Sekiranya kucing ini dijadikan bahan kajian pembedahan untuk penyelidikan di makmal. Ia perlu dikendalikan dengan profesional dan bangkai kucing perlu diurus secara pelupusan tanpa melemparnya di halaman yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Aktiviti Penyelidikan merupakan salah satu daripada 13 aktiviti melibatkan haiwan yang perlu lesen DVS.
Animal Malaysia percaya ada dikalangan mahasiswa yang sebenarnya mengetahui kejadian sebenar dan dengan ini menawarkan ganjaran saguhati bernilai RM5,000.00 kepada maan-mana individu yang berani tampil memberi maklumat betul, tepat dan berserta bukti visual sekali gus membuat laporan polis berhubung pelaku hingga tertangkapnya pelaku dan berjaya didakwa serta dijatuhi hukuman di mahkamah. Butiran pengadu dijamin rahsia demi memelihara keselamatan pengadu sehingga ia menjadi kes mahkamah.
Aduan boleh disalurkan ke Hotline Jenayah Haiwan Animal Malaysia www.wasap.my/+601171245930
Kerjasama ini mampu mengubah ketamadunan bangsa dan negara.
Arie Dwi Andika (Professor of Practice)
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia
Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia
Kuala Lumpur @ 20/12/2024
#animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalwelfare #animalrescue #animals #animalcriminaljusticesystem #animaljustice
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5705399790599..
Tweet |
Facebook Comments