Go

Kursus Pengurusan Haiwan Terbiar Kawasan Strata Te..

 




Kursus Pengurusan Haiwan Terbiar Kawasan Strata telah diadakan dan disertai lebih 50 peserta dari 21 Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Latihan secara kaedah ‘Discourse Analysis’ disampaikan oleh Presiden Animal Malaysia Encik Arie Dwi Andika dengan modul dibentuk khas oleh ahli jawatankuasa pendidikan akademik keselamatan dan perundangan Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy

Kursus ini membincangkan beberapa permasalahan berkaitan isu pengurusan haiwan terbiar seperti kucing, anjing dan monyet yang dianggap kacau ganggu di kawasan harta bersama pentadbiran JMB serta cadangan solusi yang tidak boleh bercanggah dengan undang-undang haiwan sedia ada.

Kursus ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua MPHS Y.Brs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Puan Nurul Asshima binti Aminullah serta Pengarah Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Encik Shahril bin Ramli.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5667331461073..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.