Go

Kucing Diseret Tercekik Hingga Terkencing

 



Kucing diikat menggunakan leash di leher diseret tanpa dipedulikan oleh seorang lelaki Cina sehingga kucing terkencing menahan kesakitan.

Perlakuan inj dilapirkan kepada Animal Malaysia pada jam 2.44 petang tadi dan lokasi kezaliman ini adalah di Scott Garden Soho Kuala Lumpur.

Kali ini pihak berkuasa PDRM dan Timbalan Pendakwa Raya tidak boleh menganggap kes seumpama ini sebagai satu kemalangan atau kesilapan kecuaian sebaliknya Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh digunapakaj :

“dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada mana-mana haiwan;”

Ini memandangkan terdapat dua kes di Pulau Pinang di mana masing-masing seekor kucing (pelaku lelaki Cina) dan seekor anjing (pelaku lelaki India) cedera parah akibat tergantung di belakang kenderaan dalam keadaan diikat dan diseret sewaktu kenderaan sedang bergerak.

Ruang alasan untuk melepaskan penjenayah perlu ditutup sepenuhnya dan pendakwaan perlu dilakukan supaya keadilan terhadap haiwan dapat berjalan dengan baik.

Animal Malaysia meminta saksi utama yang merakam kejadian ini tampil membuat laporan polis dan pengesahan pelaku penjenayah ini suapaya Sistem Keadilan Jenayah Haiwan dapat dijalankan dengan baik. Animal Malaysia sudi menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 (untuk urusan pengurusan) kepada saksi utama yang tampil buat laporan, jadi saksi dengan konsisten hingga penjenayah ini dapat ditangkap, berjaya didakwa dan dijatuhi hukuman terhadap perlakuan zalim yang dilakukan sepanjang tempoh urusan keadilan berjalan.

Para penyiasat bertanggungjawab juga boleh dengan kuasa siasatan yang ada merujuk kepada pihak pengurusan bangunan untuk mendapatkan footage CCTV sebagai bukti mesin yang ada.

Arie Dwi Andika

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia

Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang & Penyiasatan Malaysia

23 November 2024 @ Kuala Lumpur

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/230131883358..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.