Serangan Anjing Liar : Sistem Penanggungjawab Perlu
Tweet |
Tahun ini enam kes aduan serangan anjing liar kepada manusia yang mengakibatkan kecederaan parah diterima Animal Malaysia. Dua kes serangan anjing liar terhadap kucing jalanan hingga menyebabkan kucing tersebut berakhir dengan kematian pula dilaporkan.
Negara ini perlu memiliki Sistem Penanggungjawab di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menguruskan anjing jika mahu mengimplementasi kaedah Trap,Neuter & Release untuk menjadikan anjing jalanan ini sebagai anjing komuniti.
Kumpulan penanggungjawab yang mengawal selia anjing jalanan juga perlu bertanggungjawab bukan sekadar beri makan kepada anjing. Tetapi menguruskan kebersihan kawasan didiami anjing, melakukan pemandulan anjing supaya tidak berkembang biak hingga menghantar anjing liar ini menjalani latihan ‘Good Canine Citizen’ bagi mendisiplinlan anjing supaya tidak mengejar pekerja kurier, tidak mengeroyok kucing jalanan hingga mati dan tidak menyerang kanak-kanak serta orang dewasa.
Semua langkah tersebut perlu dijalankan segera oleh kumpulan penanggungjawab anjing liar untuk mengelakkan daripada anjing menjadi mangsa dendam masyarakat yang membenci anjing secara dicederakan, diracun malah dibunoh kejam tanpa diketahui pelaku.
Video terbaru ini diterima oleh seorang pengirim yang membuat aduan serangan anjing jalanan yang menyerang dan mengoyakkan kucing jalanan secara kejam.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/449300887771..
Tweet |
Facebook Comments