Go

Srikandibsp Shelter Mendakwa Ada Menjalankan Opera..

 




Srikandi BSP mendakwa ada menjalankan operasi shelter kucing di premis beralamat Lot 12041 ( B/sementara) RPT Alor Perak Langkap, Teluk Intan, Perak.

Hasil komplen orang ramai menyatakan beberapa perkara berikut tentang aktiviti Srikandi BSP :

1. Aktif memungut derma secara massa di media sosial dengan alasan bantuan untuk kucing dan shelter.

2 Mendakwa memiliki 350 ekor Kucing dalam simpanannya di rumah yang dijadikan shelter. Kelihatan di video dan gambar kucing tinggal bersesak penuh dalam rumah tersebut.

3. Kawasan rumah kotor, berbau dan berlalat.

4. Terdapat kucing sakit dan kucing sihat bercampur dalam satu sangkar.

Perlu diingatkan kepada Stikandi BSP bahawa operasi shelter tertakluk kepada Kod Amalan Kebajikan Haiwan dalam Peraturan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang wajib mendaftar LESEN AKTIVITI YANG BERHUBUNG DENGAN TEMPAT KURUNGAN DAN PERLINDUNGAN HAIWAN (Lesen Shelter) antaranya :

1. Saiz keluasan kawasan perlu seiiring dengan jumlah kucing dan tidak boleh disumbat sebanyaknya.

2. Shelter perlu ada bahagian-bahagian khas antaranya tempat rawatan, bilik kuarantin, dan sangkar pengasingan antara kucing sihat dan kucing sakit.

3. Shelter perlu dibersihkan setiap hari, bebas kacau ganggu dari bau busuk dan pengurusan bahan pembuangan najis di kotak pasir perlu dibungkus dalam plastik sampah.

4. Memiliki tangki septik untuk sisa pembersihan najis bagi mengelakkan ianya masuk terus ke saluran longkang yang boleh menyebabkan kekotoran penyebaran penyakit.

5. Memiliki buku catatan harian penerimaan kucing masuk hasil serahan dan kucing keluar setelah diadopt serta rekod kematian kucing.

Seperkara lagi ialah kutipan derma/sumbangan awam yang dijalankan oleh entiti individu atau yang berdaftar sebagai syarikat/perniagaan hendaklah mempunyai Permit Kutipan Derma seperti ditetapkan Akta Kutipan Derma dari Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947.

Srikandi BSP boleh hubungi pihak Animal Malaysia jika merasakan perlu berkongsi maklumat mengenai pengoperasian shelter kucing supaya dapat meminimumkam risiko pelanggaran undang-undang, tuduhan manipulasi haiwan dan memelihara kebajikan haiwan.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4977938196679..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.