Terima Kasih Kepada Fakulti Perikanan Dan Sains Ma..
Tweet |
Terima kasih kepada Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (PFSM) UMT, Geng Plastik Ija dan PEWANIS sebagai rakan kolaborasi kami, kerana bekerjasama dengan WWF-Malaysia dalam usaha untuk melindungi habitat penyu mendarat.
Sempena dengan Hari Penyu Sedunia dan Hari Alam Sekitar, aktiviti gotong royong ini telah berjaya mengumpul sebanyak 150kg sampah bawaan laut (“marine debris”) di pantai pendaratan penyu Telaga Papan 1 Setiu, Terengganu. 🗑️ 🌊🌴
Terima kasih juga atas sokongan dan kerjasama daripada Majlis Daerah Setiu yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Semoga kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kerja-kerja perlindungan habitat penyu di Terengganu.
#GanuCaknaPenyu
#wwfmy
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/8732131181824..
Tweet |
Facebook Comments