Go

Hentikan Kerakusan

 



Individu-individu dalam video ini juga perlu tampil beri penjelasan sama ada betul atau tidak dakwaan dalam beberapa hantaran media sosial Facebook mengenai kegiatan tangkapan ikan yang dilakukan terdapat unsur mencurigakan dan secara melanggar undang-undang menggunakan bahan yang dilarang.

Bagaimanapun tangkapan ikan-ikan yang tersenarai sebagai ikan terlindung dalam kawasan hutan reserve secara pukal melebihi keperluan bertahan hidup dalam hutan ketika beraktiviti adalah satu tindakan zalim, rakus dan melampaui batas.

Pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) perlu jalankan siasatan aktiviti menyeluruh kumpulan ini ketika berada dalam kawasan terlindung termasuk adegan mempamerkan longgokan ikan yang dipercayai telah mati sama ada selari dengan undang-undang yang ada atau tidak. Perkara sebegini perlu diambil serius demi menjaga lestari alam, khazanah dan kesinambungan hidup kaum Orang Asli yang menghuni hutan tersebut. Jika boleh dibuktikan peruntukkan undang-undang sama ada penjara dan denda boleh diambil terhadap kumpulan yang menyebabkan kerosakan khazanah sebegini.

Orang ramai, kenalan, jiran dan saudara mara serta kaum keluarga yang mengenali pelaku boleh tampil salurkan maklumat individu-individu yang dikenali dalam kumpulan sepetti yang terpampang dalam video ini.

#animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animal #animalcrime #animalsecurity #animallaw #animalprotective


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/421355840287..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.