Ganjaran Rm3,000 Untuk Saksi Kes Hempuk Kucing Den..
Tweet |
GANJARAN RM3,000 UNTUK SAKSI KES HEMPUK KUCING DENGAN BATU HINGGA PECAH KEPALA
Persatuan Haiwan Malaysia akan memberikan reward bernilao RM3,000.00 kepada saksi yang mampu membantu Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengesan, menangkap, mendakwa suspek penjenayah haiwan di mahkamah yang menghempuk kucing dengan batu hingga pecah kepala.
Kejadian berlaku pada 11.30 malam 28 September 2023 lalu masih dalam siasatan polis di bawah seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan penjenayah haiwan zalim ini masih diburu hingga ke hari ini.
Justeru Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct Persatuan Haiwan Malaysia menyeru kenalan, rakan sekampung, jiran tetangga, keluarga dan saudara mara penjenayah haiwan ini tampil bantu pihak Polis mengesan dan menangkap suspek penjenayah haiwan kejam ini. Tawaran RM3,000.00 disediakan bagi kes yang berjaya. Maklumat penjenayah haiwan kejam ini boleh disalurkan ke hotline Animal Malaysia www.wasap.my/+60105394749
Ini merupakan kes kekejaman jenayah haiwan yang kedua minggu ini melibatkan kucing yang mana kes pertama merupakan kes kucing dicelup cat putih di Gombak Selangor.
Arie Dwi Andika
Presiden
Persatuan Haiwan Malaysia
#animaljusticesystem #animaleducation #animalcharity #cats #animallaw #animals #animalwelfare #kucing #animalcrime #animalcriminalinvestigation
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/2945674066572..
Tweet |
Facebook Comments