Go

Anjing Ini Ditemui Dalam Keadaan Kaki Depan Belaka..

 



Anjing ini ditemui dalam keadaan kaki depan belakang berikat. Kesan separuh badan melecur hingga menggelupas kulit. Kedua kaki terikat berdarah. Anjing terbiar meraung begitu sahaja. Jiran-jiran mendakwa mendengar jeritan anjing yang kuat begitu lama dengan bunyi pukulan. Kes berlaku di Johor Bahru, Johor.

Jiran keluar bertanya keadaan anjing namun pemilk mendakwa anjing terkena chemical. Apa yang pelik ialah anjing terikat kedua-dua belah kaki boleh melecur selaruh badan kerana bermain chemical. Anjing peliharaan didakwa gagal mendapat bantuan perubatan veterinar segera dan kelihatan ia terbiar begitu sahaja.

Kes ini perlu disiasat secara terperinci untuk memastikan tiada unsur jenayah penderaan. Tambahan anjing dibiar tanpa bantuan rawatan perubatan veterinar dengan kadar segera yang bercanggah dengan elemen kebajikan haiwan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Laporan kepada Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (KH/J/2023/4196) telah dikemukakan dan Animal Malaysia berharap pihak veterinar diminta siasat dengan tegas, teliti dan menyeluruh pelbagai aspek bagi memastikan punca kecederaan dan lakukan siasatan secara forensik untuk mengenal pasti bahan kimia serta tidak lagi berkompromi jika ada unsur jenayah haiwan.

Diharapkan juga tiada lagi kompromi terhadap jenayah-jenayah haiwan dengan hanya memberi khidmat nasihat penjagaan sebaliknya kemukakan kertas pendakwaan terhadap kes yang menzalimi haiwan. Polisi dan dasar penyiasatan serta penguatkuasaan undang-undang perlu diubah segera!

_____________________________________________________

Terima kaseh rakan CSR Penaja bersama👇:

🐈 Makanan kucing Super Premium Buttons and Bows Malaysia

➡️ https://shopee.com.my/buttonsandbowsmalaysia

🐈 Pasir Tofu berkualiti Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa

➡️ https://shopee.com.my/izzlisha_majesty

🐈 Spray Pembersihan mesra haiwan Anymal Lab

➡️ https://shopee.com.my/anymallab

➡️ https://www.lazada.com.my/shop/anymal-lab

➡️ www.anymal.my

🐈 Turut ingin membantu Galeri Animal Malaysia ( kos operasi & perubatan ) :

➡️ https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

➡️ sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Waktu melawat : Isnin – Sabtu 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

✅ Adoption dibuka kepada yang layak. Lokasi sila Google nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Dafar Sijil Haiwan di www.animalmalaysia.com

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/672793434367..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.