Go

Empat Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi U..

 




Empat mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi Universiti Malaya ini cekal turun membantu Galeri Animal Malaysia membersihkan sangkar kucing dan menguruskan kucing selama dua hari bermula 31 Mac 2023 hingga 01 April 2023. Kehadiran para sukarelawan memberi banyak manfaat dari sudut kebersihan dan kesihatan kucing.

Persatuan Haiwan Malaysia mengalu-alukan lebih ramai penglibatan para mahasiswa dari mana-mana institut pengajian tinggi awam dan swasta yang mahu menggembleng tenaga dan usaha sama-sama membantu menguruskan Galeri Animal Malaysia.

Di akhir sesi tugasan Khidmat Sosial para peserta sukarelawan dianugerahkan Sijil Penghargaan dari Persatuan Haiwan Malaysia.

Terima kaseh kerana sentiasa menyokong usaha membantu kucing jalanan.

____________________________________________

❤️ Kucing-kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia adalah di bawah Program CSR makanan Super Premium Buttons and Bows Malaysia

“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”

✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia dan sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2031910190349..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.