Pembunuh Zalim Kucing Kondo Didapati Bersalah Dan ..
Tweet | ![]() |
[ PEMBUNUH ZALIM KUCING KONDO DIDAPATI BERSALAH DAN TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN ]
Mahkamah telah memutuskan Lim Chia Lin berumur 31 tahun asal Dalat Sarawak bersalah kerana menyebabkan kesengsaraan hingga kematian kucing-kucing dibawah jagaannya dan penzalim pembunuh kucing kondo telah dijatuhi hukuman penjara 2 tahun (24 bulan) dan denda RM50,000.00 berkuatkuasa hari ini.
Tuduhan dibawah Seksyen 29 (1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah diuruskan oleh Pegawai Penyiasat (IO) Inspektor Harun Kumar dan dibantu Pembantu Pegawai Penyiasat (AIO) Sarjan Saiful Redzuan bin Ishak dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah Polis Cheras. Kepantasan dua pegawai polis ini mengesan dan membuat pertuduhan kepada penjenayah haiwan ini amat dipuji selepas mengambil alih kes daripada Balai Polis Salak South yang tidak mengendahkan kes ini sebelumnya.
Terima kaseh kepada pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana menyelesaikan kes pembunuhan kucing yang sadis dan membahayakan ini dengan baik. Kes ini juga merupakan kes precedent atau kes pertama mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 sejak ianya diperkenalkan di negara ini.
Tahniah dan syabas daripada seluruh warga Persatuan Haiwan Malaysia dan pencinta kucing seluruh negara
Arie Dwi Andika
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia
Penganalisa Jenayah Haiwan – Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct
28 Mac 2023 / Selasa
Mahkamah Sesyen Jenayah 5 Jalan Duta
Kuala Lumpur
____________________________________________
❤️ Kucing-kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia adalah di bawah Program CSR makanan Super Premium Buttons and Bows Malaysia
“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”
✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia dan sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2029145217292..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments