Go

Tahukah Anda? Populasi Orang Asli Di Dalam Dan Sek..

 




Tahukah anda? Populasi Orang Asli di dalam dan sekitar kawasan utara Kompleks Hutan Bukit Fraser hampir mencecah 3,000 orang. Mereka juga merupakan antara kumpulan pemegang taruh yang penting untuk WWF-Malaysia mencapai misi konservasi di kawasan ini.

WWF-Malaysia melalui Rangka Kerja Perlindungan Sosial dan Alam Sekitar (Environmental and Social Safeguards Framework)nya komited untuk menghormati, melindungi, dan mematuhi hak-hak Orang Asli dan Orang Asal dalam segala kerja konservasi kami.

Sehubungan dengan itu, kami telah mengadakan Kajian Mendokumentasikan Hak dan Keperluan Masyarakat Orang Asli di Kompleks Hutan Bukit Fraser bagi memahami dan mendokumentasikan hak undang-undang, sosial, budaya dan ekologi, serta keperluan dan amalan masyarakat Orang Asli yang tinggal di dalam dan sekitar Hutan Simpan Batu Talam.

Sebuah bengkel untuk berkongsi dapatan kajian telah diadakan pada 14 Mac 2023. Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri daripada barisan Tok Batin dan wakil-wakil dari tujuh perkampungan Orang Asli, agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat dan ahli akademik telah hadir untuk memberi pendapat dan maklum balas mereka.

Ikuti kami di laman sesawang wwf.org.my dan semua platform media sosial kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja-kerja konservasi kami.

#KompleksHutanBukitFraser #KonservasiInklusif #GenerasiKonservasi

Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016263254344824..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.