Hari Ke 2 Pameran Kemanusiaan Terbesar Kind Malays..
Tweet | ![]() |
Hari ke 2 Pameran Kemanusiaan Terbesar Kind Malaysia di Malaysia International Trade and Exhibition Centre.
Booth Persatuan Haiwan Malaysia dan booth Kelab Kucing Buttons and Bows Malaysia menerima kunjungan Dato’ Johari Abdul Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Asmat Kamaludin Pengerusi DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd
Satu penerangan ringkas diberikan oleh Presiden Arie Dwi Andika mengenai undang-undang haiwan, aktiviti Galeri Animal Malaysia serta senario sebenar nasib haiwan jalanan di negara ini. Selain itu usaha sama hala tuju CSR Animal Malaysia dengan badan korporat pengeluar makanan kucing Buttons and Bows Malaysia yang diwakili Pengasas jenama Super Premium tersebut Saudara Dave Gill turut menjadi topik.
Dasar Animal Malaysia menjadikan adoption sebagai agenda menjayakan amalan ‘Sebuah Rumah Dua Ekor Kucing’ ditekankan kepada tetamu VIP yang perlu tahu keadaan sebenar nasib haiwan jalanan di negara ini.
Inilah matlamat dan objektif penubuhan Animal Malaysia iaitu menyampaikan kesedaran tentang hak haiwan di sisi undang-undang sebenarnya. Banyak perkara yang perlukan penambah baikan dalam pengurusan dan pengendalian haiwan jalanan khususnya.
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2013989922141..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments