Go

Kes Jenayah Culik Kucing, Ugutan Dan Minta Tebusan..

 




KES JENAYAH CULIK KUCING, UGUTAN DAN MINTA TEBUSAN RM6,000 DARIPADA PEMILIK PERLU PERHATIAN SERIUS POLIS DIRAJA MALAYSIA

Kronologi Kes Pengadu :

Pengadu merupakan pemilik seekor kucing yang menyedari kehilangan kucing pada jam 11.00 pagi bertarikh 1 September 2022 lalu. Tempat kehilangan adalah di kawasan rumah sendiri di Taman Kwan Ming, Kuching Sarawak.

Sejurus menyedari kehilangan kucing. Satu poster mengenai kehilangan kucing dan pencarian dinaikkan oleh pemilik di laman Facebook miliknya.

Pada 3 September 2022 jam 4.29 petang. Pemilik menerima satu mesej Whatsapp daripada seorang yang mengaku menculik kucingnya dengan menyertakan gambar dan video kucing miliknya. Pemilik mengakui gambar dan video tersebut adalah betul menunjukkan kucingnya seperti yang telah hilang.

Penculik juga menuntut supaya pemilik memasukkan sejumlah wang RM6,000.00 ke dalam akaun Hong Leong Bank Berhad atas nama Chen Chew Swee (No. Akaun : 05950345391 ) sebelum jam 6.00 petang pada 3 September 2022 dan hanya akan memaklumkan alamat menuntut kucing tersebut pada sebelah malam selepas pemilik membayar tebusan.

Penculik mengugut pemilik untuk melemparkan kucing ke dalam sungai berdekatan jika pemilik gagal membuat bayaran wang tebusan. Sungai tersebut mengikut pandangan pemilik adalah sungai besar yang dalam dan berbahaya serta dikhuatiri mempunyai haiwan pemangsa lain seperti buaya.

Penculik juga telah memberi amaran kepada pemilik supaya hadir membawa wang yang diminta seorang diri dan menjaga tingkah laku dan tidak menbuat tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan penculik untuk selamat.

Pemilik tidak mempunyai duit sebanyak yang diminta oleh penculik kucing. Tetapi hanya mampu menawarkan wang satuhati sebanyak RM200.00 tetapi ditolak oleh penculik kucing.

Satu laporan polis dibuat pada hari berikutnya iaitu pada sehari selepas ugutan diterima di Balai Polis Sekama Kuching Sarawak. Menurut pemilik Pegawai Penyiasat yang bertugas menasihatkan supaya pemilik tidak perlu bersusah payah menebus kucing yang diculik dan berjanji akan mendapatkan kucing baharu kepada pemilik. Alasan kesukaran siasatan juga diberikan memandangkan pihak bank hanya boleh bagi info pemilik akaun selepas tiga bulan dari tarikh siasatan.

Pemilik juga telah ke MCMC di Icom Square Kuching Sarawak untuk mendapatkan jejak Nombor telefon penculik yang dikatakan sukar dikesan oleh pegawai penyiasat. Namun mendukacitakan MCMC hanya boleh berurusan dengan pegawai penyiasat sahaja.

Kes ini merupakan kes jenayah penculikan melibatkan kucing dan tebusan ribuan ringgit yang pertama di Malaysia. Animal Malaysia melahirkan rasa bimbang jika jenayah penculikan haiwan bakal berleluasa jika tiada tindakan tegas diambil pihak berkuasa. Bermula daripada penculikan dan ugutan tebusan terhadap kucing. Ia juga merupakan jenayah berat yang boleh menular kepada kanak-kanak dan orang dewasa lain jika tidak segera dicantas.

Animal Malaysia merayu supaya #PDRM Sarawak memandang serius kes ini dan mengambil tindakan segera supaya tertangkapnya penculik kucing yang mengugut melemparkan kucing kedalam sungai bahaya di Kuching Sarawak. Jenayah penculikan kucing juga perlu diberi perhatian serius dan perlu dianggap janayah berat memandangkan ia melibatkan nyawa, wang ringgit, emosi pemilik dan keselamatan jangka panjang semua pihak.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) adalah benteng keselamatan rakyat yang menjadi tonggak kepercayaan rakyat negara ini.

- Tamat -

Arie Dwi Andika

Presiden

Persatuan Haiwan Malaysia

Isnin /05 September 2022

Kuala Lumpur / 12.10 Tengah hari

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 atau ke pejabat Perhilitan negeri masing-masing.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1873190942888..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.