Go

Masyarakat Pesisir Pantai Seperti Di Semporna, Sab..

 




Masyarakat pesisir pantai seperti di Semporna, Sabah, mempunyai kepercayaan dan pantang larang tersendiri yang berkaitan dengan pengurusan dan penggunaan sumber laut.

Ada sesetengah penduduk yang berbangsa Bajau di Kampung Melanta Silawa, Pulau Bait berpendapat bahawa sejenis kerang yang dipanggil Kaikai tidak boleh diambil dengan banyak, kalau tidak kampung tersebut akan mengalami angin yang kuat.

Manakala komuniti di Pulau Omadal di mana majoriti dari kaum Bajau juga percaya terdapat beberapa jenis ikan seperti ikan unung dan kamang tidak boleh dimakan kerana dipercayai ada ilmu hitam yang dihantarkan melalui ikan tersebut.

Selain itu, antara amalan atau kepercayaan dulu adalah untuk menggantung cangkerang siput yang dipanggil Kastuli di pintu rumah bagi menghalau roh jahat.

Bagi kebanyakan komuniti tempatan dan Orang Asal, amalan dan pantang larang seperti ini merupakan sebahagian penting daripada identiti dan budaya tradisi mereka.

#OrangAsal

#PHOAS2022

#PerayaanHariOrangAsalSedunia

Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016201666523824..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.