Saranan Saudara Mohd Sayuti Abdul Kader Berkaitan ..
Tweet |
Saranan Saudara Mohd Sayuti Abdul Kader berkaitan zoo yang mempunyai masalah kewangan supaya menjadikan kucing jalanan sebagai sumber makanan harimau dilihat sebagai pandangan merosakkan.
Harimau kini tergolong dalam kategori hampir pupus. Disebabkan itu juga nilai harimau mencecah ratusan ribu ringgit apatah lagi terdapat permintaan pasaran luar bagi peminat eksotik. Oleh itu pengurusan dan kawalan konservasi harimau sama ada di zoo atau pusat konservasi harus berjalan dengan baik demi kelangsungan kualiti hidup harimau.
Kucing jalanan atau anjing jalanan sekali pon bukan makanan terbaik untuk harimau. Risiko pindahan penyakit berjangkit seperti masalah parasites dan canine distemper adalah satu ancaman terbesar terhadap harimau. Ini sering berlaku terhadap harimau yang disyaki telah membaham anjing jalanan atau anjing liar. Contohnya harimau yang diberi nama Awang Besul satu ketika dulu telah masuk ke kawasan kampung dalam keadaan lemah dan tidak agresif dan akhirnya berjaya ditangkap. Hasil pemeriksaan pihak berkuasa mendapati Awang Besul dijangkiti Canine Distemper yang akhirnya ia mati beberapa hari setelah diselamatkan.
Pengurusan zoo dan pusat konservasi harimau memilih daging yang terbaik dan prosedur memberi daging berkualiti adalah sesuai sifat harimau yang memburu haiwan terbaik untuk dimakan. Tentutnya pihak zoo dan pusat konservasi akan membuat ujian klinikal terhadap daging terbaik tersebut dari segi pemeriksaan penyakit dan virus atau kuman.
Justeru pandangan dan cadangan tanpa semakan ilmiah begini bakal mempengaruhi pemikiran masyarakat yang menerimanya secara mentah-mentah dan mewujudkan pemikiran yang rosak di kalangan masyarakat.
Saudara Mohd Sayuti Abdul Kader disarankan supaya memberi pendidikan yang betul kepada keluarga, sanak saudara dan masyarakat lain supaya dunia haiwan tidak lagi diwarisi golongan tidak berfikir sebelum melontarkan pandangan.
Galeri Animal Malaysia terbuka kepada pengunjung untuk membuat adoption dan dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Terus walk in ke :
Galeri Animal Malaysia
No.5 Jalan Balam
Taman Million
51100 Kuala Lumpur
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/photos/a…
Tweet |
Facebook Comments