Go

Minah Yem Adalah Seekor Kucing Yang Kini Menghuni ..

Minah Yem adalah seekor kucing yang kini menghuni sangkar adoption di Galeri Animal Malaysia. Berwarna Cinnamon dan kelihatan begitu kusut serta kurus kering di awal penemuannya di jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Minah Yem dipercayai sudah sedikit berusia berdasarkan giginya berkemungkinan sesat atau dibuang. Ditemui oleh rescuer dengan ketakutan dan menghidapi selesema.

Kini Minah Yem selesa berada di galeri tanpa perlu rasa takut dan tanpa perlu rasa tidak selamat. Menjadi tanda tanya adakah Minah Yem sengaja dilepaskan di jalanan kerana khidmat pembiakannya tidak diperlukan lagi atau ada yang terlepas Minah Yem dari sangkar kurungan di rumah? Memandangkan hingga kini belum ada pihak yang tampil menuntutnya dengan serius walaupun penemuannya sudah mencecah satu bulan.

Dipercayai banyak lagi kucing yang berlegar tanpa arah di pasar-pasar dan pinggiran jalan senasib Minah Yem yang terpaksa menyelongkar tong sampah untuk meneruskan hidup harian.

Begitulah nasib haiwan peneman sekiranya ia dicampak oleh tuan dan berakhir di jalanan. Lawatan untuk santuni kucing serta Adoption kucing boleh datang ke Galeri Animal Malaysia dibuka setiap Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

#cat #kucing #galeri #animal #malaysia #stray #adoption

Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/photos/a…

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.