Tahniah Team Kedah Cakna. Selepas 28 Hari, Para Pe..
Tweet | ![]() |
Selepas 28 hari, para peserta Cabaran Virtual Team Kedah Cakna (TKC) akhirnya sampai ke garisan penamat setelah ditutup secara rasmi oleh Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz pada 30 Oktober yang lalu.
Cabaran yang dianjurkan oleh Projek Kawasan Perlindungan WWF-Malaysia dan ditaja oleh CIMB Islamic ini bertujuan untuk menghimpunkan rakyat Kedah supaya bersama-sama belajar tentang
Hutan Ulu Muda dan kepentingannya, di samping menggalakkan pembelajaran dan penerapan amalan hijau dalam gaya hidup mereka.
Seramai 24 orang yang majoritinya adalah anak jati Kedah telah melengkapkan pelbagai tugasan dengan penuh semangat, kreativiti dan inspirasi sepanjang cabaran hampir sebulan ini, termasuklah sebuah ‘Virtual Explorace’ di penghujung cabaran ini.
Jutaan tahniah kepada kumpulan Panthera Tigris, Honey Shoots, dan KAYU kerana berjaya mendapat jumlah markah kumpulan tertinggi sekaligus meraih kedudukan tiga teratas! Tidak dilupakan juga kepada para pemenang individu dan anugerah khas serta semua peserta cabaran virtual TKC. Kami amat menghargai penyertaan dan dedikasi anda sepanjang cabaran ini! Ayuh kekal cakna dalam menyebarkan kesedaran serta menambahbaik gaya hidup demi kesejahteraan diri dan alam sekitar.
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016139843073324..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments