Go

Bantu Cari Pembunuh Yang Membakar Anjing. Anjing J..

 




BANTU CARI PEMBUNUH YANG MEMBAKAR ANJING

Anjing jinak mati dipercayai diseksa terlebih dahulu sebelum tubuhnya dibakar terseksa separuh rentung. Sebahagian kulit anjing malang ini melecur dan terdapat beberapa kesan cedera parah dipercayai akibat pukulan.

Animal Malaysia dimaklumkan oleh seorang pemberi makan anjing jalanan (dog feeder) bahawa terdapat kematian seekor anjing yang biasa diberimakan olehnya di Taman Medan, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya Selangor.

Apa yang menghairankan. Anjing ini menghilang sehinggalah tubuhnya ditemui di kawasan Lot Parking hadapan Block B Flat Desa Perangsang.

Dimaklumkan sekitar kawasan tersebut memiliki CCTV namun saksi tidak berjaya mendapatkan daripada pihak pengurusan kerana tiada mendapat kerjasama.

Animal Malaysia merayu supaya ada mana-mana saksi yang tahu insiden kejam ini tampil untuk berkongsi maklumat Jenayah Kezaliman Haiwan ini. Salurkan segala bukti dan apa-apa jua hal berkaitan yang mampu menjejaki pelaku hingga kes boleh diselesaikan.

Tidak dinafikan kawasan Taman Medan adalah dihuni oleh majoriti masyarakat yang anti anjing jalanan memandangkan tahun ini sahaja beberapa kes pembunuhan anjing termasuk meracun anjing dilaporkan.

Maklumat boleh dikongsikan kepada Hotline Whatsapp Animal Malaysia di www.wasap.my/+60166345464

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1548291988711..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.