Kerja Menyelamat Anjing Yang Dipakuk Di Leher
Tweet | ![]() |
Akhirnya penantian dua minggu untuk memerangkap seekor anjing yang cedera di tengkuk belakang akibat tetakan berakhir semalam.
Anjing ini dikesan dengan luka teruk dan berdarah sewaktu dimaklumkan kepada Animal Malaysia. Namun kerja memerangkapnya bukan satu hal yang mudah. Kelincahan dan sifat sebagai anjing liarnya memaksa beberapa penyelamat bergilir-gilir memburunya.
Anjing yang dipakuk ini diberi nama ‘Abang Klang Lama’ kerana lokasi dia ditemui di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Abang Klang Lama kini selamat berada di Vet di Seri Kembangan untuk rawatan serta-merta bagi mengelakkan jangkitan kuman dalam darah sekiranya dibiarkan lama tanpa apa-apa rawatan perubatan.
Presiden Arie Dwi Andika sendiri bersama beberapa team turun untuk pantau sejauh mana kebenaran dakwaan masyarakat di sana bahawa Abang Klang Lama diserang penjenayah haiwan.
Animal Malaysia bekerjasama dengan beberapa pihak disekitar kawasan Abang Klang Lama berlegar bagi mencari tanda dan bukti jenayah yang berlaku kepadanya. Usaha menjejaki pelaku sedang diusahakan terutama melibatkan bukti kejadian dan mengenal pasti pelaku.
Cuma satu ayat pesanan untuk pelaku zalim dan penjenayah haiwan. ‘Tak dapat tak apa. Kalau dapat bukti dan pelaku. Siaplah berdepan dengan undang-undang.” Pesanan keras Animal Malaysia.
Subscribe Youtube Animal Malaysia untuk tonton aktiviti di lapangan pada masa hadapan :
https://youtu.be/ADJZDw4hfJ8
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Kerja menyelamat dan membantu anjing yang disyaki dipakuk di belakang leher. Kerja tangkapan anjing luka parah ini berjalan selama hampir seminggu dan akhirn…
Source: https://youtu.be/ADJZDw4hfJ8
Tweet |
![]() |
Facebook Comments