Go

Perhilitan Sudah Ambil Bangkai Harimau Dahan

 


Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memandang serius kes kemalangan membabitkan haiwan liar melibatkan kematian dua kali berturut-turut dalam minggu ini. Terdahulu kes kematian Harimau Dahan di Tapah Perak.

“Harimau itu tergolong dalam kategori haiwan terancam dan ini bermakna spesiesnya adalah haiwan hampir pupus sepenuhnya. Presiden Arie Dwi Andika juga menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku :

“Penebangan hutan tidak terkawal dan drastik antara faktor yang menyebabkan haiwan spesies jarang ditemui itu semakin mengecil.

“Secara tidak langsung, sumber makanannya pupus hingga akhirnya memaksa haiwan itu keluar dan masuk ke kelompok manusia seterusnya mati disebabkan kemalangan atau lain-lain lagi,” katanya.

Menurut Presiden, persatuan tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab dapat menjaga hutan dan bertindak mengatasi masalah berkaitan.

“Tanpa hutan tiada haiwan walaupun ada usaha melindungi dan memulihara hidupan liar.

“Ini kerana bukan semua jenis hutan sesuai untuk sesuatu spesies disebabkan ia bergantung juga kepada faktor bentuk muka bumi.

“Sebahagiannya sesuai tinggal di habitat muka bumi tertentu saja jadi jangan anggap hutan saja sudah memadai,”

Sumber Berita :

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/664525/perhilitan-sudah-ambil-bangkai-harimau-dahan

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010



Kuala Lumpur: Kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sudah mengambil bangkai harimau dahan yang mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di bahu Jalan Tapah-Bidor dekat Ipoh, petang semalam.

Source: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/664525/perhilitan..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.