Video Ini Bakal Membuatkan Penonton Tidak Senang H..
Tweet |
Video ini bakal membuatkan penonton tidak senang hati terutamanya pencinta kucing. Kegusaran dan keresahan terhadap sangkaan menjadikan kucing jalanan sebagai mangsa makanan ular peliharaan menjadi kesangsian kian terjawab.
Ular sawa mahu pun ular tedung tidak sesuai untuk disimpan sebagai haiwan peneman atau haiwan peliharaan. Sifat liar haiwan ini amat tinggi. Ia boleh mengancam nyawa pemilik dan keluarga yang memeliharanya.
Walau pun pada mulanya pemilik ular menjaga kebajikan ular sawa namun tuntutan saiz dan nafsu makan yang semakin membuak-buak adalah antara faktor bakal berlakunya penganiayaan haiwan lain semata-mata untuk mengenyangkan ular sawa peliharaan.
Animal Malaysia memohon Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) supaya mengkaji semula kebenaran Lesen Menyimpan, Lesen Membiak atau Lesen Persembahan spesis ular tertentu untuk mengelakkan kejadian seperti dalam video boleh berlaku.
Video berdurasi 3 minit 47 saat ini benar-benar meruntun hati dan perasaan apabila kucing yang manja, mengharapkan perlindungan dan menjadi teman terbaik manusia dijadikan bahan korban binatang buas bernama ular sawa oleh pemilik ular ini. Kejadian di Indonesia ini wajar dijadikan iktibar dan pengajaran. Ia mungkin juga ada dilakukan oleh pemilik ular di negara ini secara senyap dan berselindung.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Tweet |
Facebook Comments