Insiden Seorang Pelaku Memukul Seekor Kucing Bunti..
Tweet |
Insiden seorang pelaku memukul seekor kucing bunting betina hingga mati di Seberang Jaya, Pulau Pinang kini dalam perhatian Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang.
Saksi yang merakam video aksi pembantaian kucing betina bunting juga telah dimaklumkan supaya turut membuat satu laporan polis untuk menguatkan kes dan tampil menjadi saksi utama.
Saban hari negara dihidangkan dengan kelakuan jenayah haiwan melibatkan kekejaman melampau. Sudah tiba masanya Akta Kebajikan Haiwan 2015 dipinda dengan memasukkan hukuman sebatan sebagai satu pengajaran membekas kepada penjenayah haiwan.
Setelah 5 tahun Akta Ini diperkenalkan. Ternyata terdapat kelonggaran yang banyak memihak kepada penjenayah haiwan apatah lagi jika elemen jenayah tidak dapat dikemukakan secara kongkrit.
Seluruh negara menunggu apakah ada tindakan dan dakwaan oleh pihak berkuasa haiwan.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2422431972855..
Tweet |
Facebook Comments