Go

Tindakan Adik Ini Yang Sanggup Masuk Dan Redah 'Mo..

 




Tindakan adik ini yang sanggup masuk dan redah ‘monsoon drain’ dalam begini untuk selamatkan nyawa anak kucing amatlah dipuji. Ia menggambarkan kesedaran dan kemanusiaan tinggi terhadap haiwan dari seorang kanak-kanak.

Namun adalah sebaiknya jika adik-adik melibatkan orang dewasa atau meminta pertolongan mana-mana orang dewasa menghubungi pasukan penyelamat seperti bomba dan pertahanan awam yang mempunyai latihan menyelamat jika melibatkan tempat atau kawasan berisiko seperti dalam gambar ini.

Dikhuatiri adik terdedah dengan serangan ular berbisa sewaktu menghulur kepala ke dalam lowongan longkang kerana tempat begini juga adalah habitat reptilia berbisa seperti ular dan haiwan lain seperti lipan atau kala jengking. Kaki adik yang tidak berkasut juga berisiko tertusuk benda tajam seperti serpihan kaca dan besi tajam.

Bagaimana pun Animal Malaysia ucapkan ribuan terima kaseh kepada adik berani ini. Animal Malaysia sudi memberi hadiah saguhati kepada adik hero penyelamat ini. Mohon adik atau waris menghubungi Animal Malaysia untuk tebus hadiah di www.wasap.my/+601120901097

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.