Go

Benci Terhadap Kucing Yang Dipelihara Jiran Kerana..

 




Benci terhadap kucing yang dipelihara Jiran kerana mendakwa kucing sering lalu dan berehat halaman rumahnya. Lelaki Melayu berusia 70 tahun tembak kucing guna pistol angin hingga mati.

Pembunuhan kucing secara tembakan pistol angin bukan pertama kali dilaporkan. Malah sebelum ini beberapa siri pembunuhan haiwan melibatkan pistol angin dilaporkan.

Kejadian tembakan kucing di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan ini dilaporkan berlaku dua kali iaitu pada 1 Ogos 2020 dan terbaharu pada 20 Ogos 2020. Ia melibatkan seekor kucing mati dan seekor lagi cedera parah di kepala.

Pelaku warga emas yang berpencen ini telah dikenal pasti dan merupakan jiran terdekat pemilik kucing.

Pistol angin merupakan senjata yang dikategorikan berbahaya dan mampu membunuh jiwa manusia terutama kanak-kanak jika disalah guna. Apatah lagi jika digunakan untuk membunuh haiwan dengan sengaja.

Animal Malaysia masih menunggu laporan rasmi pemilik kucing kepada pihak berkuasa bagi membolehkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang terhadap pelaku zalim ini.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.