Go

Animal Malaysia Menuntut Satu Kenyataan Teknikal D..

 




Animal Malaysia menuntut satu kenyataan teknikal dan klinikal rasmi secara bertulis mengenai punca sebenar kematian 23 ekor lembu secara mengejut di Felda Aping Timur, Kota Tinggi Johor semalam.

Animal Malaysia menerima banyak aduan dan bantahan masyarakat pencinta haiwan yang mahukan punca sebenar kematian lembu secara setentak dengan jumlah yang banyak diperhalusi.

Dakwaan Jabatan Perkhimatan Veterinar (DVS) Negeri Johor mengenai punca kematian lembu dalam jumlah banyak tersebut berpunca daripada panahan dan dentuman petir boleh diragui memandangkan tiada kenyataan klinikal dan bertulis kepada umum selain fizikal lembu dan jumlah kematian secara banyak dalam satu masa menjadikan keraguan masyarakat pencinta haiwan.

Justeru satu penjelasan teknikal dan klinikal punca kematian perlu dihurai supaya masyarakat berpuas hati kematian lembu bukan disebabkan perbuatan khianat manusia.

Penternakan lembu secara bebas tidak lagi sesuai memandangkan kini di Malaysia banyak kes pembunuhan haiwan ternakan diracun kerana didakwa menceroboh halaman, kebun dan ladang milik orang lain. Dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 juga meletakkan tanggungjawab kecederaan, kematian dan pengabaian haiwan pada bahu pemilik atau penternak sekiranya haiwan dianiaya atau berlaku kemalangan akibat kecuaian dan pengabaian pemilik.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.