Masyarakat Pencinta Haiwan Seluruh Negara Menilai ..
Tweet |
Masyarakat pencinta haiwan seluruh negara menilai kaedah kuno tangkapan anjing oleh kontraktor PBT seperti dalam video ini. Kontraktor, vendor dan penangkap anjing yang bekerja dengan mana-mana PBT (Local Council) yang tidak kompeten dalam pengurusan haiwan begini harus ditendang daripada perkhidmatan PBT. Menghabiskan hasil negara. RM30.00 upah dapat untuk tangkapan seekor anjing namun kerja tanpa kemahiran dan tanggungjawab.
Cukai dan segala bentuk hasil yang dijarah oleh PBT daripada poket pencinta haiwan seluruh negara tidak ada satu pon yang dibelanjakan dan dimanfaatkan untuk kebajikan haiwan gelandangan di negara ini.
Baru-baru ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia juga dengan megah menyambut ulang tahun yang ke 125 kewujudannya di Malaysia namun kebajikan haiwan bukan makin membaik tetapi semakin mundur.
Tiada satu langkah dan dasar kerajaan yang memihak terhadap kebajikan haiwan gelandangan. Yang ada semua ambil mudah dan hanya mahu meraih keuntungan.
Akhirnya imej Malaysia buruk di mata dunia dan dilihat bersikap seperti Yahudi menjarah nyawa Palestin. Bezanya Malaysia menjarah nyawa haiwan sewenang-wenangnya.
#saveourstray #saveouranimals #stray #strayanimals #animals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation #cruelty #animalcruelty #ybzuraidakamaruddin #ybsalehuddinayub #kpkt #kementerianpertanianmalaysia
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/4254743681084..
Tweet |
Facebook Comments