Go

Suara Pencinta Haiwan Sekali Lagi Bergema Di Parli..

 



Suara pencinta haiwan sekali lagi bergema di Parlimen.

11 permintaan dan soalan untuk dijawab oleh Y.B Menteri yang jaga haiwan di Malaysia.

Kita nak perubahan segera dalam Malaysia!

Sekali lagi MP Bagan Serai, YB Dato Dr Noor Azmi Ghazali (PH Bersatu) berbahas isu Kebajikan Haiwan di Parliment. Kali ini MP Kangar, YB Amin (PH PKR) menyertai bahas. MP Kangar juga seorang rescuer. Dia bela sampai 40 ekor kucing kat rumah.

1. Berapakah peruntukan untuk Lembaga Kebajikan Haiwan?

2. Berapakah peruntukan Penguatkuasa DVS dan penambahan keanggotaan?

3. Kementerian Kesihatan memperkenal terapi mengguna haiwan?

4. Kementerian Pendidikan memulakan program pendidikan kebajikan haiwan.

5. KPKT hendaklah memperkenal syarat wajib bagi memantau aktiviti2 penangkapan Anjing dan kucing.

6. KPKT digesa melantik pemerhati bebas bagi memantau kerja PBT dalam menangkap haiwan bagi mengelakkan kejadian ‘mistreatment’.

7. KPKT harus bekerjasama dengan pihak2 untuk menubuhkan shelters.

8. Apakah kerajaan bersedia mengadakan conference bagi mengumpul semua Aktivis Haiwan dan para pencinta haiwan

9. Kerajaan digesa mewujudkan Tabung Kucing & Tabung Anjing.

10. Kerajaan harus kawal Harga Pemandulan dan Harga Rawatan Veterinar.

11. Kerajaan perlu manfaatkan Bangunan Terbiar dan Tanah Terbiar untuk menempatkan haiwan terbiar.

Setiap perbahasan Ahli Parliament, YB Menteri ada tanggungjawab untuk reply!

#stray #strayanimals #saveourstray #animalpolicy #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#dvs #kpkt #pbt #moe


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2470657426481..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.