Apabila Animal Malaysia Suarakan Mengenai Prosedur..
Tweet |
Apabila Animal Malaysia suarakan mengenai prosedur tangkapan. Bantah kaedah tangkapan. Bising cara pengurusan, pengendalian dan pelupusan haiwan yang dianggap pest (perosak) secara tidak berkebajikan dan menyalahi undang-undang.
Makkumat penduduk mengatakan Beruk dan Monyet ini sudah terbiar terkurung dalam perangkap melebihi seminggu tanpa pantauan dan makanan serta berhujan berpanas.
Ramai pembenci haiwan yang bodoh tidak tahu norma dan etika sesama makhluk serta S.O.P dan undang-undang penangkapan yang memang wujud sekian lama untuk haiwan melenting. Kononnya Animal Malaysia hanya pentingkan soal haiwan dan membiarkan permasalahan manusia dengan gangguan haiwan dan ancaman keselamatan.
Inilah keadaannya yang menyebabkan Animal Malaysia bersuara mengenai cara kerja pihak berkuasa yang diberi amanah untuk uruskan haiwan lemah ini. Dari soal tangkapan, pengurusan dan pelupusan yang dilihat tidak berlandaskan prosedur dan banyak pengabaian serta ruang kezaliman berlaku.
Ini satu imej jelas keburukan tindakan pengurusan haiwan di negara ini. Kita ada Akta berkaitan haiwan liar dan selari dengan kehendak antarabangsa.
Lokasi ini dapat dilihat kini di Simpang Lorong 13, Balok Sejahtera, Kuantan Pahang.
#wildanimals #wildlife #wildlifeanimals #perhilitan #mpk #saveourwildlife #animals #malaysiaanimals #animalmalaysia #saveouranimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments