Hari Ini Sekali Lagi Berlaku Kes Kezaliman Potong ..
Tweet | ![]() |
Hari ini sekali lagi berlaku kes kezaliman potong kedua-dua kaki dan tangan hadapan kucing. Ia merupakan kes kedua selepas kes pertama dilaporkan pada dua hari lepas. Ia menjadikan dua kes penganiayaan dan kezaliman potong tangan dan kaki terhadap kucing dalam masa dua hari ini.
Kejadian dikesan berlaku di Pinggiran Batu Caves, Selangor pada 10.00 pagi 25 Januari 2020. Kucing malang ini ditemui berlaku di sebelah bengkel kereta.
Menurut Encik Mohd Nizam saksi yang menemui kucing malang yang dipotong kedua-dua tangan. Kucing ini dikesan baru beberapa hari hadir ke kawasan bengkel keretanya. Dan dia sempat bermain dengan kucing malang ini pada jam 4.00 pagi dalam keadaan sihat. Namun jam 10.00 pagi ia ditemukan putus kedua-dua tangan dalam keadaan parah.
Kucing diselamatkan dan dibawa ke sebuah klinik veterinar untuk rawatan lanjut.
Seperti biasa. Saksi kejadian yang melihat pelaku memotong kejam kedua-dua tangan kucing ini diminta tampil salur maklumat kepada Animal Malaysia. Animal Malaysia juga menawarkan reward RM5,000.00 untuk maklumat sahih dan genuine hingga tertangkapnya pelaku, berjaya didakwa dan sampailah jatuh hukuman penjara.
Hubungi hotline Whatsapp +601120901097 untuk maklumat lengkap dan penyalur maklumat dirahsiakan.
#cats #stray #animals #cruelty #straycats #strayanimals #stopanimalcruelty #saveourcats #saveouranimals #saveourstray #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments