Go

Pelancaran Avenue Katz Adoption Fiesta 2025 Disemp..

 




Pelancaran Avenue Katz Adoption Fiesta 2025 disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Azman Abidin Setiausaha Politik Y.A.B Perdana Menteri sebagai sokongan usaha memartabatkan kucing jalanan dan menggalakkan masyarakat pencinta kucing adopt kucing di jalanan.

Penganjuran selama 7 hari bermula 14 April dan berakhir 20 April 2025 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam ini membuka peluang orang ramai hadir dan memilih 40 ekor kucing daripada Galeri Animal Malaysia, Taman Kucing Madani, Laman Kucing DBKL dan Paun Haiwan Terbiar MPHS.

Program ini merupakan inisiatif bersama Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association dan Persatuan Rakan Kucing Malaysia dengan kerjasama mampan Majlis Perbandaran Hulu Selangor manakala penajaan daripada Avenue K dan makanan kucing Ossycat serta sokongan penyertaan oleh beberapa agensi kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti sampingan disediakan untuk kanak-kanak sepanjang program Avenue Katz Adoption Fiesta ini berlangsung.

#haiwankhazanahamanahtuhan #kucing #cat #animals #haiwan #welfare #animalwelfare #catlovers #adoption #catadoption

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6546805406459..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.