Go

Hati-Hati Individu Kumpulan Guna Nama Animal Malay..

 




SALAH GUNA NAMA ANIMAL MALAYSIA DIKESAN BERLELUASA DILAKUKAN OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

1. Kebelakangan ini banyak pihak sama ada individu, shelter dan kumpulan yang bergerak atas nama haiwan menggunakan nama Persatuan Haiwan Malaysia sama ada dalam livestream media sosial atau menjalankan aktiviti.

2. Persatuan Haiwan Malaysia tidak pernah melantik mana-mana individu di luar sana untuk menjalankan apa-apa urusan berkaitan kebajikan, penyelamatan, shelter, kutipan dana, misi khas atau aktiviti pendidikan mewakili nama presiden, jawatankuasa atau agensi milik Animal Malaysia.

3. Perkara ini amat serius dan ia merupakan tindakan penyalahgunaan nama dan menjurus kepada perbuatan jenayah yang boleh menjejaskan kredibiliti, keyakinan dan integriti masyarakat terhadap Animal Malaysia. Sesiapa yang telah melakukan jenayah ini diminta berhenti daripada terus menjual nama Persatuan Haiwan Malaysia.

4. Pihak Persatuan Haiwan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pihak lain menggunakan nama Persatuan Haiwan Malaysia atau yang berkaitan dengannya dan akan mengambil tindakan tegas secara perundangan terhadap penjenayah yang menjual nama Persatuan Haiwan Malaysia untuk kepentingan peribadi menggunakan nama Persatuan Haiwan Malaysia, Galeri Animal Malaysia dan Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy

5. Persatuan Haiwan Malaysia tidak menangkap muat untuk mengambil sesiapa sahaja menjadi sebahagian anggota kepimpinan persatuan ini. Syarat kelayakan untuk menyertai barisan kepimpinan / jawatankuasa Persatuan Haiwan Malaysia juga adalah amat tinggi dengan sekurang-kurangnya memiliki Sarjana (Master) dalam bidang diperlukan seperti undang-undang, penguatkuasaan, penyiasatan, forensik, keselamatan, keadilan jenayah dan perubatan veterinar.

6. Orang ramai adalah diminta merujuk kepada pejabat Persatuan Haiwan Malaysia jika ada mana-mana pihak yang tampil menjual nama mengaku mewakili Persatuan Haiwan Malaysia di talian www.wasap.my/+601171245930 atau memeriksa nama pegawai di laman sesawang www.animalmalaysia.com

7. Jika perlu dan terdapat aktiviti mencurigakan dijalankan oleh individu yang menjual nama Persatuan Haiwan Malaysia sila laporkan kepada pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) untuk tindakan pencegahan segera.

Pengurusan

Persatuan Haiwan Malaysia

6 April 2025 @ Kuala Lumpur

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6476891980117..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.