Kursus Navigating Animal Rights In Law Untuk Mahas..
Tweet | ![]() |
Kursus Navigating Animal Rights in Law untuk mahasiswa International Islamic University Malaysia anjuran IIUM Student Union dengan kerjasama Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy mendedahkan beberapa perkara pengurusan haiwan mengikut undang-undang kepada mahasiswa yang belom terdedah sepenuhnya ilmu pengurusan haiwan terbiar.
Kursus ini menekankan beberapa perkara yang perlu untuk mengurangkan risiko pelanggaran undang-undang berkaitan selaras dengan peruntukkan yang ada :
1. Shelter haiwan terbiar dalam kampus universiti perlu memiliki Lesen Yang Berhubung Dengan Tempat Kurungan dan Perlindungan Haiwan (Lesen Shelter) Jabatan Perkhidmatan Veterinar
2. Penangkapan haiwan terbiar seperti anjing liar yang mengganggu dalam kawasan kampus perlu patuh undang-undang dengan melibatkan mana-mana penangkap haiwan berlesen yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (Akta Kerajaan Tempatan 1976).
3. Jika melibatkan penangkap haiwan terbiar persendirian yang tidak berlesen perlu mendapat kebenaran pemilik premis atau pihak universiti kerana tanpa kebenaran pihak universiti kerja tangkapan berisiko melakukan jenayah pencerobohan premis.
4. Pungutan derma awam pertubuhan perlu dikendalikan secara undang-undang dalam perlembagaan pertubuhan yang dibenarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 kerana kutipan dana awam secara peribadi dan masuk dalam akaun peribadi adalah berisiko melakukan kesalahan jenayah komersil apatah lagi jika tiada audit luaran perbelanjaan dikemukakan kepada penderma dan penderma berasa berlaku penipuan dalam perbelanjaan dana.
Sistem Pengurusan Haiwan Terbiar perlukan profesionalisme dalam mematuhi undang-undang mengekang cubaan memberi gambaran buruk kepada institutsi pengajian tinggi untuk individu terlihat noble dan memudahkan mereka mengutip duit orang ramai.
Animal Malaysia akan bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) untuk memantau golongan persendirian yang aktif mempergunakan haiwan untuk meraih pendapatan peribadi terutama shelter dan rescuer persendirian yang tinggal dalam premis sama dnegan haiwan dan membayar sewa kediaman hasil kutipan derma orang ramai.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/6307613697044..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments