Go

Inilah Mengapa Trap - Neuter - Shelter - Adopt Tns..

 



Inilah mengapa Trap – Neuter – Shelter – Adopt (TNSA) perlu diimplementasi dan diperkasakan oleh kerajaan untuk para pengusaha shelter anjing di negara ini.

Kerajaan perlu mewujudkan undang-undang adoption hanya boleh dibuat dengan shelter mempunyai lesen shelter DVS dan lesen PBT.

Pihak Berkuasa Tempatan perlu memudahkan adopter anjing yang adopt anjing hanya dari shelter berdaftar dengan kerajaan mendapat Lesen Pelihara Anjing bagi setiap rumah landed. Program dua anjing satu rumah adalah satu inisiatif yang perlu diperkasakan.

Shelter milik NGO yang berdaftar dan memiliki lLesen Shelter dengan DVS sahaja dibenarkan beroperasi untuk mengelakkan salah guna anjing bagi tujuan kepentingan peribadi dan meraih keuntungan seperti banyak yang berlaku hari ini oleh shelter tidak berlesen dan beroperasi secara melanggar undang-undang.

Lesen Pembiakbakaan anjing Jabatan Perkhidmatan Veterinar hanya dikeluarkan kepada premis yang memiliki lesen premis PBT dengan syarat baka anjing hanya untuk baka berkualiti Guard Dog bagi tujuan syarikat keselamatan mendapatkan khidmat anjing untuk kawalan keamanan. Selain itu anjing hanya boleh diadopt untuk dipelihara dan tidak boleh dibeli di kedai kecuali baka kecil sahaja.

Secara purata lebih 5000 aduan kacau ganggu anjing diterima pihak berkuasa terhadap tiga kawasan yang menjalankan Trap – Neuter – Realese – Manage (TNRM) di negara ini yang mana menunjukkan rakyat yang tinggal di kawasan berkenaan tidak bersetuju dengan konsep tersebut namun tidak berani melontarkan pandangan kerana takut diganggu secara psikologi oleh pencinta anjing.

TNRM tidak menyelesaikan masalah melainkan mengembalikan anjing berkeliaran di jalanan dan menimbulkan konflil manusia – anjing dengan pelbagai masalah dan keseteruan seperti kemalangan melibatkan anjing atau manusia, kezaliman oleh manusia yang tidak suka anjing dan risiko digigit anjing serta penyakit berjangkit yang boleh merebak pantas. Perkara ini perlu perhatian serius Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Majlis Keselamatan Negara Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Video : For educational purpose

#animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/187021216379..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.