Anjing Berkeliaran Ceroboh Kawasan Rumah Cetus Kebimbangan Penduduk
Tweet | ![]() |
Penduduk Taman Maju Kota Bharu, Kelantan kini semakin bimbang tentang keselamatan dengan kehadiran lambakan anjing liar yang semakin bertambah bilangannya.
Anjing-anjing liar yang mencecah jumlah belasan ekor mula menceroboh ke dalam kawasan kediaman penduduk. Sekali gus menyukarkan penghuni rumah untuk keluar rumah dan beriadah di halaman masing-masing.
Anjing dilaporkan semakin agresif dengan menyalak dan seolah-olah mahu menyerang penghuni rumah yang keluar dari rumah mereka.
Tidak diketahui siapa pemilik belasan anjing liar yang menceroboh di taman perumahan ini namun penduduk mendakwa ia kemungkinan adalah anjing yang menumpang teduh atau dipelihara oleh sebuah keluarga Cina berhampiran taman berkenaan yang tidak memandulkan anjing peliharaan miliknya dan dibiarkan berkeliaran.
Pencinta anjing atau pengusaha shelter anjing berdekatan Taman Maju Kota Bharu, Kelantan boleh membantu merelokasi anjing ke tempat lebih selamat untuk mengelakkan kejadian buruk terhadap anjing atau terhadap penduduk daripada berlaku perkara yang boleh menimbulkan konflik manusia – anjing liar kelak.
Penduduk Taman Maju merayu supaya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menangani lambakan anjing liat di taman mereka melalui kaedah S.O.P tangkapan dan pelupusan yang baik dalam pengedalian dan pengurusan haiwan terbiar.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/132214029884..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments