Wwf-Malaysia Telah Mengorak Langkah Penting Ke Ara..
Tweet | ![]() |
🌿 WWF-Malaysia telah mengorak langkah penting ke arah memperkukuhkan lagi usaha pemuliharaan hutan gelam dan penggunaan lestari sumber gelam dengan merealisasikan projek “Revitalising Gelam Forests for Sustainable Livelihoods and Biodiversity Conservation in Setiu Wetlands, Terengganu”.
✨ Bersama rakan kolaborasi utama iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dan Kumpulan Pengusaha Komuniti GelamCure, satu bengkel permulaan projek telah diadakan di Kuala Terengganu pada 21 hingga 23 Januari 2025.
📌Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan matlamat projek kepada semua pemegang taruh serta membincangkan perancangan pelaksanaan projek, di samping meraih komitmen serta sokongan semua pihak yang terlibat bagi kejayaan projek ini.
🌱Projek ini memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan #hutangelam yang unik di Setiu, sambil memperkasakan komuniti setempat melalui pelbagai inisiatif penanaman semula gelam.
💚 Ayuh sokong usaha melindungi warisan alam semula jadi kita untuk generasi akan datang. Lawati laman web wwf.org.my serta profil media sosial WWF-Malaysia untuk informasi terkini.
#RevitalisingGelam #GelamConservation #ProtectNature #SetiuWetlands #WWFMalaysia #SDG
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/1029801105856..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments