Buang Bangkai Kucing Dalam Tong Sampah
Tweet | ![]() |
1. Shelter haiwan seperti kucing dan anjing wajib memiliki Lesen Aktiviti Berhubung Dengan Tempat Kurungan dan Perlindungan Haiwan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
2. Pelupusan haiwan di negara ini adalah dibenarkan dalam Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi kawalan populasi, penyakit berjangkit dan menamatkan kesengsaraan haiwan akibat sakit tenat. Inilah realiti dalam Sistem Perundangan Haiwan di Malaysia.
3. Jika shelter haiwan berlesen menjalankan dasar pelupusan. Ianya hanya boleh dilakukan oleh doktor veterinar berdaftar dan bertauliah sahaja dengan justifikasi bahawa haiwan perlu dilupuskan dengan sebab dan alasan kritikal yang dinyatakan dalam perenggan 2 diatas.
4. Shelter haiwan berlesen perlu mematuhi peraturan pengurusan bangkai haiwan setelah melakukan pelupusan sebagaimana yang disyaratkan sewaktu permohonan kelulusan lesen shelter. Ianya perlu melalui proses krematoriim, ditanam atau pembuang dengan bungkusan yang rapi agar tidak diganggu haiwan pemangsa lain atau tidak menimbulkan kacau ganggu bau, penyakit berjangkit atau kekotoran lain.
5. Pembuangan bangkai kucing secara longgok dalam tong sampah seperti dalam video ini boleh menimbulkan pencemaran bau busuk, kacau ganggu dan menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit.
6. Mana-mana shelter haiwan yang mengambil mudah terhadap bangkai haiwan dalam pengurusan haiwan terbiar selepas pelupusan begini akan melibatkan tindakan Pihak Berkuasa Tempata (PBT)n, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.
Pembuangan bangkai kucing seperti dalam video ini mempamerkan kezaliman dan menzahirkan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menguruskannya.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/213675961674..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments