Go

Harimau Yang Dipercayai Terkam Dua Mangsa Di Jalan..

Harimau yang dipercayai terkam dua mangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik hingga kedua-dua mangsa seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Myanmar mati sudah masuk perangkap. Tangkapan disahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Negeri Perak.

Harimau ini mengingatkan kita kepada kisah seekor harimau bernama ‘Scarface’ yang satu ketika dulu turut sering menyerang manusia akibat ketagih bau darah manusia. Scarface telah membaham empat mangsa di Kelantan dan berjaya ditangkap akhirnya. Namun setelah 6 tahun ditempatkan dalam Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai Perak, Scarface akhirnya mati akibat sakit tua ketika umurnya dipercayai mencecah 21 tahun.

Mengikut sejarah Scarface ditangkap di Felcra Berdang, Jeli, Kelantan, dihantar terlebih dahulu ke Zoo Melaka pada tahun 2006 sebelum dipindahkan ke NWRC pada 24 Ogos 2013.

Berdasarkan rekod harimau Scarface telah menyebabkan empat kematian dan hanya seorang sahaja mangsanya terselamat.

Seorang mangsa yang terselamat ialah penoreh getah wanita berusia 65 tahun bernama Mek Jah Ismail. Wanita tersebut berjaya menoreh muka Scarface ketika harimau berkenaan menyerangnya yang sedang menoreh getah di kebun getahnya di Sungai Long, Jeli, Kelantan. dengan menggunakan pisau toreh getah meskipun terjatuh beberapa kali akibat diterkam. Mangsa parah di kepala, tengkuk, bahu dan dada. Peristiwa itu menyebabkan harimau jantan ganas itu digelar dengan nama Scarface.

Antara mangsa lain Scarface ialah seorang penoreh getah bernama Rokiah Latif, 45, ditemui mati dengan kepala dan badannya terputus diserang harimau sama ketika menoreh di Kampung Pasir Dusun, Jeli.

Selain itu Mohd Zaid Abdul Manaf, 31, ditemui mati di kebun getah di Kuala Belah, Jeli, Kelantan dalam keadaan kepala dan tangannya putus akibat diserang harimau.

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=527417253372232&set=..

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.