Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi Dari Ilmu..
Tweet |
🌱Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi: Dari Ilmu kepada Tindakan! 🌱
Pada 15 – 16 Oktober 2024, WWF-Malaysia bersama rakan strategik termasuk Wetlands International Malaysia, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (Universiti Sains Malaysia) dan Water Watch Penang, sekali lagi, telah berjaya menganjurkan bengkel ‘Nature-based Solution (NbS): From Knowledge to Action’ di Perak. Bengkel ini adalah susulan kepada bengkel NbS pertama yang diadakan di Pulau Pinang pada Julai 2023, dengan tumpuan untuk merapatkan jurang pengetahuan mengenai NbS.
Bengkel selama 2 hari ini telah mengumpulkan 37 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan serta penyelidik universiti untuk bersama-sama membincangkan tema-tema khusus dan merangka cadangan tindakan bagi pelaksanaan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam menangani cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi termasuk untuk ekosistem daratan di Malaysia.
Sesi perkongsian oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia dan Global Environment Centre memperkaya perbincangan dengan perspektif yang mendalam dan praktikal. Peserta turut berpeluang menyertai lawatan teknikal ke Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Perak di mana mereka didedahkan kepada aplikasi NbS oleh #komunititempatan dalam menyeimbangkan antara keperluan manusia dan alam sekitar dalam sektor eko-pelancongan alam semula jadi.
Hasil dapatan serta saranan daripada bengkel kali ini akan didokumentasikan dan dikemukakan melalui platform-platform relevan yang diharapkan dapat mencorak serta membentuk polisi dan amalan berasaskan NbS di Malaysia! 🌿🌏
#wwfmy
#NatureBasedSolutions #PenyelesaianBerasaskanAlam #TogetherPossible #KesejahteraanAlamDanManusia
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/9488626272841..
Tweet |
Facebook Comments