Perasmian Laman Kucing Dewan Bandaraya Kuala Lumpu..
Tweet |
Perasmian Laman Kucing Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur diadakan hari ini dan disempurnakan oleh Tuan Ismadi bin Sakirin Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL.
Turut hadir bersama Y.Bhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik Y.A.B Perdana Menteri, Dr, Umi binti Ahmad Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Mohammad Razli bin Abdul Razak Pengarah Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), Cik Arefah binti Rahim Pengarah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Sepang , Dr. Marzuna binti Md Yunus Ketua Seksyen Kebajikan Haiwan Bahagian Regulatori DVS dan Dr. Muhammad Syazwan Bin Muhammad Sabri Pengarah DVSKL.
Persatuan Haiwan Malaysia dan Presiden Saudara Arie Dwi Andika menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan langkah Unit Kawalan Pest DBKL atas usaha memartabatkan pengurusan haiwan jalanan – kucing demi memastikan kehidupan baik kucing jalanan yang diuruskan. Laman Kucing DBKL dibuka kepada orang awam dengan menyediakan perkhidmatan adoption kepada sesiapa yang mahu mengadopt kucing sebagai anak angkat untuk dipelihara dengan syarat dan kelayakan ditetap bagi setiap adopter.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4805424813930..
Tweet |
Facebook Comments