Memperkasakan Aktiviti Pemuliharaan Yang Diterajui..
Tweet |
Memperkasakan aktiviti pemuliharaan yang diterajui oleh komuniti pesisir pantai melalui perkongsian pengetahuan dan pembelajaran rakan sebaya!
Untuk mempromosikan inisiatif pemuliharaan secara inklusif, WWF-Malaysia bekerjasama dengan organisasi tempatan dalam komuniti pesisir pantai, terutamanya di Segitiga Terumbu Karang, untuk bersama-sama mewujudkan hab pembelajaran dan inovasi di daerah Semporna.
WWF-Malaysia telah menganjurkan bengkel untuk memperkenalkan Hab Pembelajaran dan Inovasi Komuniti kepada komuniti pesisir pantai di Semporna pada 23 – 24 Mei 2024. Bengkel selama dua hari ini juga dilaksanakan untuk memberi peluang kepada komuniti pesisir pantai untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan mengenalpasti kapasiti yang diperlukan sepanjang menjalankan aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
Bengkel ini juga disertai oleh komuniti dari tujuh buah pulau, termasuk Pulau Omadal, Mabul, Larapan, Bait, Kulapuan dan komuniti pesisir pantai dari Taman Marin Tun Sakaran, iaitu Pulau Selakan dan Sebangkat. Sesi pembelajaran ini akan berterusan dan lebih banyak lagi aktiviti pembinaan kapasiti akan dijalankan bersama komuniti pada masa akan datang.
#wwfmy #learningandinovationhub #coraltriangle #communityconservation
Tag: Wanita Pulau Omadal – WAPO Larapan Marine Conservation Group @Selakan Marine Conservation Group , Kulapuan Marine Conservation, Komuniti Mabul, Pulau Selakan,
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/8640988490938..
Tweet |
Facebook Comments