Go

Desak Polis Siasat Segera Jenayah Bunuh Kucing Secara Bungkus Kucing Dalam Guni Berikat Dan Lempar Ke Sungai

 



Perbuatan bungkus kucing dalam guni berikat dan lempar dalam sungai hingga kucing menemui maut bukan sekali dilakukan penjenayah dikenali oleh orang kampung sebagai Abang Chik yang dilakukan kira-kira jam 8.30 pagi tadi di sungai Jalan Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang.

Perbuatan zalim kali kedua yang berlaku ditempat sama ini sempat ditonton oleh saksi yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang sering bungkus kucing dalam guni berikat dan lempar ke sungai hingga kucing temui kematian.

Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jelutong, Timur Laut, Pulau Pinang pada jam 11.58 pagi tadi supaya penjenayah yang melakukan aksi jenayah haiwan zalim ini dapat diheret ke muka pengadilan.

Kes jenayah haiwan ini mempunyai cukup saksi yang mengenali pelaku. Dengan bukti dan saksi yang ada maka pihak Polis Diraja Malaysia perlu serius menegakkan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 supaya dapat menegah daripada jenayah seterusnya berlaku dalam masyarakat oleh pelaku.

Masyarakat Pulau Pinang menunggu kecekapan dan kompetensi pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menjalankan siasatan dan menanti hasil pendakwaan terhadap penjenayah haiwan yang didakwa telah beberapa kali melakukan jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.

Kenyataan Media oleh :

Arie Dwi Andika

Presiden

Persatuan Haiwan Malaysia

#animallaw #haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #cat #animalprotection #animaljustice #animalact #animals #kucing


Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/737679382242..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.