30 Mahasiswa Terdiri Daripada Pelbagai Fakulti Iai..
Tweet |
30 mahasiswa terdiri daripada pelbagai fakulti iaitu Fakulti Ekonomi Muamalat, Fakulti Syariah Undang-Undang, Fakulti Sains & Teknologi, Fakulti Kepimpinan & Pengurusan serta Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia – USIM hadir menjalani aktiviti Program Pendidikan dan Khidmat Masyarakat di Galeri Animal Malaysia hari ini.
Para peserta diberikan pendedahan dan kefahaman kebajikan haiwan, aspek kebersihan dan penjagaan berkualiti adalah tonggak utama kesihatan selain memahami sebaik mana sesebuah shelter untuk didiami kucing. Namun paling baik buat kehidupan kucing-kucing ini adalah tidak duduk berlonggok dalam satu premis dengan jangka masa lama tetapi sewajarnya memiliki keluarga dan hidup dalam rumah kediaman.
Bersama jayakan agenda “Satu Rumah Dua Kucing” untuk mengurangi lambakan kucing jalanan dan kesesakan shelter kucing.
#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animalprotection #animallaw #animalact #animalforensic #animals
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4279061633233..
Tweet |
Facebook Comments