Go

Susulan Kekecohan Masyarakat Mengenai Lambakan Anj..

 




Susulan kekecohan masyarakat mengenai lambakan anjing jalanan tidak mempunyai hala tujuan di Pantai Cenang Pulau Langkawi Kedah. Persoalannya dari manakah kesemua anjing-anjing ini muncul secara tiba-tiba?

Isu lambakan anjing jalanan bukan satu isu baru. Ia sering berulang-ulang bukan sahaja di Langkawi tetapi di seluruh negara hingga menjadi isu nasional dan menimbulkan mashalahat ummah dikalangan masyarakat beragama Islam. Sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa kerana dianggap kacau ganggu oleh masyarakat bukan Islam.

👉 Mengapa anjing jalanan sering dianggap musuh oleh masyarakat kita :

1. Menimbulkan kacau ganggu kebersihan terutama Anjing menyelongkar tong sampah kerana mahu mencari makan untuk bertahan hidup kerana kebuluran akibat sudah tiada punca makanan.

2. Menimbulkan isu keselamatan seperti serangan anjing jalanan di pesiar kaki lima pejalan kaki dan di jalan raya yang dihadapi penunggang motorsikal.

3. Membawa wabak penyakit Zoonotik seperti Rabies yang membawa maut.

👉 Dari mana punca lambakan anjing jalanan ? :

1. Pemilik perindustrian, tapak kuari, perkebunan dan perladangan, tapak pembinaan yang memelihara anjing tanpa memandulkannya untuk dijadikan ‘guard dog’ dan meninggalkan anjing begitu sahaja tanpa pengurusan yang betul setelah pembinaan selesai atau setelah anjing berkembang biak dan tidak lagi mampu dikawal. Akibatnya anjing berkembang biak dan hidup melarat tanpa penjagaan.

2. Pemilik anjing yang asalnya memelihara sepasang anjing di rumah tanpa memandulkannya dan berakhir dengan pembiakan tidak terkawal lalu dibiarkan bebas tanpa arah tujuan.

👉 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) perlu bekerjasama mengawal selia entiti seperti kawasan perindustrian, tapak kuari, perkebunan, perladangan dan tapak pembinaan supaya mengetatkan peraturan seperti berikut :

1. Mewajibkan semua entiti disebutkan di atas yang menyimpan dan memelihara anjing memohon Lesen Memelihara Anjing, membuat pemandulan keatas anjing yang bukan tujuan pembiakan (tiada lesen pembiakan) serta memasang alat mikrocip bagi mengawal pembiakan dan mengesan pemilikan anjing oleh entiti perkilangan, perindustrian, pembinaan, perladangan dan pemilik rumah.

Isu ini tidak boleh bergantung kepada shelter haiwan jalanan atau NGO semata-mata memandangkan badan bukan kerajaan ini adalah badan sukarela yang beroperasi dengan dana sendiri tanpa mendapat bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan atau pihak korporat. Justeru pohak berwajib perlu lebih proaktif memainkan tanggungjawab penguatkuasaan langkah pencegahan terhadap isu yang berlarutan bertahun-tahun tanpa ada penyelesaian dan tiada tindakan tegas pencegahan seperti yang dinyatakan di atas.

Soalnya sampai bila mahu lihat anjing berkembang biak dan akhirnya ditangkap dan kendalikan dengan kejam yang akhirnya menyebabkan konflik antara pihak berkuasa dan masyarakat. Manakala pengusaha perindustrian, tapak kuari, perkebunan, perladangan dan pembinaan yang menjadi sumber punca masalah ini terlepas begitu sahaja tanpa bersusah payah.

PBT dan DVS perlu berubah cara berfikir dan penguatkuasaan!

#animaleducation #straydogs #adoption #animallaw #animalwelfare #animaljustice #straymanagement #animals

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/2909588570180..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.