Menjulang Aspirasi Ke Hadapan Bersama Tabung Alam ..
Tweet | ![]() |
🌍 Menjulang aspirasi ke hadapan bersama Tabung Alam Malaysia (WWF-Malaysia)! 🤝 Kami percaya bahawa sinergi masyarakat orang asal dan penduduk tempatan adalah kunci kejayaan konservasi. 💚🌿 #KonservasiBersama #JagaAlamMestinya
🌟 Dengan ini, WWF-Malaysia telah menganjurkan acara dua hari untuk meraikan komuniti orang asal yang memperjuangkan usaha konservasi kami di Sarawak.
🗣️ Forum yang bertemakan, ‘Belia Orang Asal Sebagai Agen Perubahan untuk Penentuan Diri.’ bersama komuniti dari pelbagai projek dan pameran mini memberi impak yang positif dan penuh ilmu kepada peserta dan pengunjung. Dari lada hitam dan lada putih Sarawak yang terkenal hingga ke beras Adan yang eksklusif, serta karya seni krafangan yang memukau dari hasil buatan komuniti sendiri juga mendapat sambutan yang meriah daripada pembeli!
🐼 Pegawai WWF-Malaysia dari berbeza tapak projek juga turut berkongsi pengalaman mereka bekerjasama dengan komuniti orang asal walaupun mempunyai perbezaan budaya dan kekangan bahasa.
🙌 Kita bukan hanya penjaga alam semula jadi, tetapi juga penerus warisan. Dengan masyarakat orang asal dan penduduk tempatan, kita membina masa depan yang lebih hijau dan lestari. 💪🌎 #KonservasiWarisan #MasaDepanLestari
🌻 Menyatukan jalinan antara nilai-nilai tradisional dan inisiatif konservasi moden. Bersama-sama, kita mewujudkan sinergi yang membawa impak positif kepada alam dan komuniti. 🤗✨ #SinergiKonservasi #NilaiTradisi
#IndigenousPeople #Sarawak #Borneo #Iban #Bidayuh #LunBawang #Penan #Melanau #CommunityConservation #SarawakMajuMakmur #TogetherPossible
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/6846394837064..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments