Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi Ataupun N..
Tweet |
Penyelesaian berasaskan alam semula jadi ataupun Nature-based Solutions (NbS) adalah cadangan pendekatan utama untuk menangani pelbagai cabaran sosial, ekonomi, dan alam sekitar seperti perubahan iklim, risiko bencana serta keterjaminan air dan makanan. NbS juga memberi manfaat kepada kesejahteraan manusia, biodiversiti serta perkhidmatan dan daya tahan ekosistem.
Baru-baru ini iaitu pada 24-25 Julai 2023, WWF-Malaysia bersama Wetlands International, Malaysia, National Water Research Institute of Malaysia, River Engineering and Urban Drainage Research Centre, dan Centre for Global Sustainability Studies, Universiti Sains Malaysia (USM) serta Water Watch Penang berganding bahu menganjurkan bengkel ‘Nature-based Solutions (NbS): Bridging the Knowledge Gap’ di Pulau Pinang.
Lebih 25 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, institut penyelidikan dan pendidikan serta NGO telah berkongsi dan bertukar pengetahuan semasa mengenai pendekatan NbS di Malaysia. Jurang pengetahuan dan cabaran dalam melaksanakan projek NbS juga telah dikenal pasti, dan pelbagai cadangan telah dirumuskan untuk menangani cabaran dalam mengaplikasikan amalan NbS di Malaysia.
Bengkel 2 hari 1 malam ini merangkumi lawatan teknikal ke Kampus Kejuruteraan USM serta sesi perkongsian oleh barisan penceramah berpengalaman dalam bidang NbS seperti Ir Ts Dr Chang Chun Kiat (REDAC USM), Puan Normaliza Noordin (Perbadanan Putrajaya), Puan Yong Huai Mei (Wetlands International Malaysia), Dr Chee Su Yin – penceramah ucaptama (CGSS USM), Ts Gs Anizawati Ahmad dan Cik Alia Izzati Hassan (NAHRIM), Ir Tan Woon Yang (Humid Tropic Centre Kuala Lumpur, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia) serta Encik Arhwin Kalai Chelvan dan Encik Tommy Cheo (WWF-Malaysia).
Ayuh cakna tentang NbS demi kesejahteraan manusia dan alam sekitar. Untuk menonton video ringkas bengkel tersebut, sila klik pautan ini. Layari laman YouTube kami untuk menonton video-video lain tentang NbS.
#penyelesaianberasaskanalamsemulajadi #naturebasedsolutions #togetherpossible #fornatureandpeople #NbS
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/6707559150948..
Tweet |
Facebook Comments