Program Kesedaran Hak Dan Kebajikan Haiwan Telah D..
Tweet |
Program Kesedaran Hak dan Kebajikan Haiwan telah dimulakan hari ini dan diadakan di Sekolah Menengah Bandar Baru Ampang sebagai usaha Animal Malaysia menyampaikan pengetahuan kepada lapisan generasi muda betapa pentingnya menyantuni haiwan.
Pendedahan asas cara betul memiliki haiwan peliharaan menjadi topik utama memandangkan ramai masyarakat tidak faham bahawa memiliki dan memelihara haiwan tanpa mematuhi 5 elemen kebajikan haiwan adalah jenayah.
Seterusnya pemahaman bahawa keperluan lesen berhubung 13 aktiviti berkaitan haiwan di negara ini. Paling utama pengetahuan mengendalikan haiwan jalanan seperti kucing jalana dan anjing jalanan apabila berhadapan konflik haiwan – masyarakat. Cara dan kaedah mengurus haiwan jalanan dan kesalahan-kesalahan prosedur tatacara pengendalian kucing dan anjing jalanan yang selama ini dikendalikan secara tidak bertamadun, brutal dan melanggar S.O.P yang digaris panduankan terhadap penangkap anjing.
Kecelikan pengetahuan dan kasih sayang terhadap haiwan ini perlu supaya generasi yang memimpin negara akan datang adalah generasi yang rasional, empati dan beramanah menguruskan alam sekitar terutamakan menguruskan haiwan yang merupakan khazanah amanah tuhan.
Terima kaseh kepada pengurusan Sekolah Menengah Bandar Baru Ampang atas kesudian menerima Animal Malaysia melaksanakan Program Kesedaran Hak dan Kebajikan Haiwan. Program ini akan dipergiatkan dan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di seluruh negara.
Terima kaseh Buttons and Bows Malaysia selaku rakan CSR dan Saito University College selaku badan akademik rasmi, Galeri Animal Malaysia, Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy dan Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct yang turut menjayakan agenda kebajikan dan pendidikan Program Kesedaran Hak dan Kebajikan Haiwan ini.
#kucing #anjing #musang #education #cat #dog #wildlife #animals #animallaw #animalwelfare #animalcrime
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/2551049272701..
Tweet |
Facebook Comments