Pertandingan Bercerita Dan Bicara Irama Kami Cakna..
Tweet | ![]() |
Pertandingan Bercerita dan Bicara Irama “Kami Cakna Penyu” di dalam dialek Terengganu.
Sempena sambutan Minggu Penyu Sedunia (MPS) yang telah berlangsung dari 10 hingga 16 Jun 2023 WWF-Malaysia dengan kerjasama dari Pusat Sains dan Kreativiti Kuala Terengganu (PSKT), telah menganjurkan pertandingan Bercerita dan Bicara Berirama khusus kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar negeri Terengganu. Sebanyak 21 buah sekolah dan lebih 70 peserta telah pun mengambil bahagian.
Bagi memperkasa #GanuCaknaPenyu, pertandingan-pertandingan ini mempunyai keunikan dari segi penggunaan dialek Terengganu. Ini adalah pendekatan kreatif dari anak muda yang menjadi suara yang menginspirasi dalam meningkatkan kesedaran awam, terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan, mengenai kepentingan melindungi alam sekitar dan penyu yang amat terancam.
Tahniah diucapkan kepada semua sekolah, para peserta dan guru-guru yang terlibat kerana menyahut sokongan #GanuCaknaPenyu semperna Minggu Penyu Sedunia. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang pertandingan.
#PertandinganBercerita #PertandinganBicaraBerirama #GanuCaknaPenyu #SambutanMingguPenyuSedunia2023 #DutaKelestarianPenyu #BersuaraUntukPenyu
Posters design by Pusat Sains dan Kreativiti Kuala Terengganu (PSKT)
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/6614976860206..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments